PEMASYHURAN CANSELOR DAN PRO-CANSELOR PERTAMA UCMI

Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (U.C.M.I.) buat julung kalinya mengadakan Majlis Pemasyhuran Canselor dan Pro-Canselor Pertama sejak penubuhannya. Majlis Pemasyhuran ini diadakan bersempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP Kali Ke-14 yang berlangsung pada 13 Januari 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). Pada majlis tersebut, tokoh perbankan terkenal, Tan Sri Azman Hashim telah dimasyhurkan sebagai Canselor. Manakala Profesor Emerita Datuk Dr Asma binti Ismail telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor. Majlis Pemasyhuran ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Mohd Daud bin Bakar, Pengerusi MAIWP.

TOP