WALKABOUT TIMB. MENTERI HAL EHWAL AGAMA KE MENARA MAIWP

Timbalan Menteri di JPM HEA, YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke MAIWP. YB Senator telah diberikan taklimat tentang fungsi dan peranan MAIWP yang melaksanakan agenda pembangunan ummah di Wilayah Persekutuan.

Kehadiran beliau disambut oleh Pengurusi MAIWP, YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, turut diiringi bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya dan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, YBrs. Encik Mohd Fauzi bin Abidin dan barisan pengurusan MAIWP.

TOP