SUSU UHT UNTUK PELAJAR ASNAF
FGV Holdings Berhad Salur RM500,000 Sumbangan Dalam Bentuk Bekalan Susu UHT Untuk Pelajar Asnaf
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP), MAIWP Dagang Sdn. Bhd. dan FGV Holdings Berhad (FGV) bekerjasama dalam menyalurkan sumbangan dalam bentuk edaran bekalan susu kotak UHT jenama Bright Cow keluaran FGV bernilai RM500,000.00.
Sebanyak 11,580 karton susu jenama Bright Cow, akan diagihkan kepada lebih 30 buah pusat pendidikan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan juga Sabah. Edaran susu UHT ini dilaksanakan secara berfasa mulai Februari 2024 sehingga Mei 2024.
Antara institusi yang menerima bekalan susu ini adalah pelajar-pelajar Tadika Islam MAIWP di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Pusat Bimbingan Tahfiz Quran Al-Ummi, Maahad Tahfiz Quran Darul Abqari, Persatuan Autisme Labuan dan banyak lagi.
Seramai 8,025 orang pelajar asnaf MAIWP akan menerima manfaat sumbangan ini bagi menjamin nutrisi harian mereka supaya pembesaran yang optimum dapat dicapai di kalangan kanak-kanak.
Pengerusi MAIWP, Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer berkata, “MAIWP memberi sepenuh perhatian kepada semua golongan asnaf termasuk kanak-kanak yang kurang berkemampuan.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu mereka untuk mendapatkan nutrisi harian daripada susu malah merupakan salah satu langkah dari pihak kami untuk membantu anak-anak ini membesar dalam keadaan yang sihat dan cergas.”
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Rastam Mohd Isa memaklumkan bahawa kerjasama bersama MAIWP dalam menjaga kebajikan golongan asnaf adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan oleh FGV.
“FGV Seikhlas Hati merupakan satu inisiatif daripada kumpulan FGV dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu masyarakat khususnya yang kurang berkemampuan dengan memberi bantuan bekalan makanan bagi meringankan beban perbelanjaan harian terutamanya mereka yang berada di sekitar perniagaan beroperasi.
TOP