SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2024


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan peluncuran sambutan Hari Kemerdekaan 2024 di perkarangan menara MAIWP, Kuala Lumpur.

Pegawai-pegawai MAIWP telah dibahagikan mengikut warna Bendera Malaysia; merah, putih, biru dan kuning bagi memeriahkan peluncuran sambutan pada hari tersebut.

Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih yang sama lebar.

Bahagian segi empat berwarna biru tuan sebelah kiri menegak dari atas hingga ke bawah jalur merah yang kelima.

Manakala dibahagian dalam segi empat itu mengandungi anak bulan dan Bintang pecah 14.

Warna merah  melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini.

Warna putih melambangkan kesucian negara.

Warna biru tua  melambangkan perpaduan rakyat.

Warna kuning pada anak bulan dan Bintang melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja-Raja Melayu.

Maka, terbentuknya 14 jalur itu sebagi simbol Jalur Gemilang bersekutunya negeri-negeri tersebut, tanda keanggotaan persekutuan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan.

Anak bulan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

Bintang pecah 14 melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Empat warna ini; Merah, putih, biru dan kuning melambangkan keberanian, kesucian, perpaduan rakyat Malaysia, dan kemuliaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-67

MALAYSIA MADANI

TOP