MAIWP SALUR RM2 JUTA KEPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) bagi melaksanakan program kebajikan dan aktiviti dakwah tahunan bagi tahun 2024.

Majlis penyerahan bantuan disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Syed Kamarulzaman Bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Anggota Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut sama diadakan penyampaian sumbangan bantuan bakul makanan dan sumbangan tunai kepada anggota berpendapatan rendah dengan kerjasama Yayasan Foodbank Malaysia. Dalam ucapan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Panglima Angkatan Tentera Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada MAIWP dan semua pembayar zakat di atas sumbangan kepada warga angkatan tentera dan berharap agar berjasama di antara pihak ATM dan MAIWP dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

TOP