GLOBAL MADANI FORUM 2024: MENYELAMI KEBANGKITAN KETAMADUNAN ISLAM

4 Julai - Sidang Media Khas berhubung penganjuran ‘Global Madani Forum 2024: Catalysing The  Next Civilisational Revival’ telah diadakan di Hotel Sunway Putra, Kuala  Lumpur.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), adalah penaja utama program; Global Madani Forum 2024: Menyelami Kebangkitan Ketamadunan Islam, hasil idea Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Persatuan Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan matlamat membangkitkan ketamadunan Islam untuk 100 tahun akan datang.

Program bakal disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Program ini akan menghimpunkan sejumlah pembicara mewakili pelbagai latar belakang untuk membahaskan persoalan memangkinkan Kebangkitan Peradaban Islam dari pelbagai perspektif.

Program diadakan di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, pada 10-11 Julai 2024 dengan penyertaan disasarkan 1, 000 peserta.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar mengikuti program ini secara percuma melalui link dibawah:-

TOP