KUNJUNGAN HORMAT: PERSATUAN MEMBANTU WARGA TUA ISLAM KEMBOJA


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima kunjungan hormat dari Persatuan Membantu Warga Tua Islam Kemboja, Negara Kemboja.

Kehadiran mereka disambut oleh Pengerusi MAIWP, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan pegawai kanan.

Rombongan tersebut diketuai oleh pengerusinya, Ustaz Haji Abdul Halim bin Mohd Noor, dengan diiringan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, Tuan Haji Zabidi Bin Nasan.

Pelbagai perkara berkaitan asnaf dan ummah dibincangkan termasuklah kerjasama meningkatkan kehidupan golongan asnaf secara umum, disamping mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Kemboja.

Diakhir pertemuan kedua belah pihak bertukar-tukar cendera mata.

TOP