KUNJUNGAN HORMAT: KHADIJAH INTERNATIONAL WAQF (L) FOUNDATION


Khadijah International Waqf (L) Foundation (KIWF), hadir bersama Pengerusinya, Puan Hajjah Rohani Binti Datuk Hj Mohd Shahir diiringi pengurusan tertinggi  yayasan tersebut mengadakan kunjung hormat di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Ketibaan rombongan disambut oleh Pengerusi MAIWP, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan pengurusan tertinggi MAIWP.

Kunjung hormat tersebut menyatukan pandang kedua belah pihak yang menjurus kepada keprihatinan KIWF untuk mencontohi kemurahan hati Khadijah binti Khuwailid isteri Nabi Muhammad SAW sebagai wanita terkemuka dalam Islam - ibu orang-orang beriman.

Ia juga sebagai perkongsian maklumat antara MAIWP dan KIWF dalam wakaf amal (al-waqf al-khai’ri) yang ditubuhkan di bawah Seksyen 107 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010  yang merentasi antara benua.

TOP