RETREAT AHLI MAIWP 2024
Lebih 50 Ahli Jawatankuasa Tertinggi MAIWP dan anak syarikat bersidang selama 3 hari bermula 17 hingga 19 Mei 2024 di bandar bersejarah Melaka.
Persidangan ini diadakan bertujuan menilai prestasi pencapaian Pengurusan Pentadbiran MAIWP disamping mencari idea-idea baru sesuai dengan keadaan semasa serta memperkasa usaha-usaha yang sedang dijalankan serta meningkatkan sosio ekonomi umat Islam khususnya di 3 Wilayah jajahannya.
Perancangan yang digerakan ini semestinya harus selari dengan misi dan visi MAIWP serta membantu Kerajaan Madani menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan Pelan Al Falah yang digariskan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
TOP