PROSES PEMUTIHAN, KEMASKINI DATA ASNAF

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato' Setia Dr. Mohd Na'im Haji Mokhtar berkata MAIWP akan perangi habis-habisan asnaf yang tidak layak menerima bantuan dan menipu maklumat melalui Program Pemutihan yang sedang dilaksanakan oleh MAIWP.

Bantuan kepada asnaf akan ditamatkan serta merta jika asnaf didapati tidak layak.

MAIWP juga akan memaklumkan kadar bantuan baru pada Jun 2024 selaras dengan peningkatan kos sara hidup di Wilayah Persekutuan.

YB Senator Dato' Na'im berkata demikian pada Program Ziarah Asnaf Siri 1/2024 dan Penyerahan Sumbangan Ambulans Kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (BSMMKL) di Perumahan Awam Seri Selangor.

Program Ziarah Asnaf ini adalah program rutin setiap bulan sebagai platfom untuk menyantuni asnaf-asnaf penerima bantuan MAIWP.

Selain itu melalui program ini, YB Menteri dapat mendekati penerima bantuan yang sedang menerima bantuan MAIWP dan dapat mengetahui status bantuan yang diterima sama ada mencukupi atau masih memerlukan bantuan-bantuan lain yang belum diperolehi daripada MAIWP. 

TOP