ARCA JAM MATAHARI (MIZWALAH TAHA)

Tahukah anda? Terdapat sebuah Arca Jam Matahari (Mizwalah TaHa / Sun Dail) terletak di hadapan Kompleks Persidangan dan Hotel Movenpick Tabung Haji di Jalan KLIA 1, Sepang.

Arca Jam Matahari tersebut telah direka pada tahun 2018 oleh YBhg. Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, kini sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Projek tersebut dibangun dan dilaksanakan pembinaannya oleh Persatuan Falak Syarie Malaysia dengan kerjasama Tabung Haji.

Bersempena dengan program yang diadakan Kompleks Persidangan dan Hotel Movenpick Tabung Haji pagi ini, Tuan Syed Kamarulzaman, Pengerusi MAIWP telah mempersila YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Naim Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri melawat serta memberi penerangan berkenaan pembinaan serta fungsi Jam Matahari tersebut.

Turut hadir sama YBhg. Datuk Mohd Nizam Yahya, Pemangku KPE MAIWP dan beberapa orang pegawai kanan MAIWP dan Agensi Hal Ehwal Agama.

Semoga Arca Jam Matahari ini dihayati dan dapat menyuburkan sejarah ilmu tamadun Islam di Malaysia.

TOP