PROGRAM KHATAN PERDANA MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) buat julung kalinya mengadakan Program Khatan Perdana MAIWP dan Ziarah Asnaf di Masjid Al – Imam At- Tirmizi, Taman Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Program ini adalah kerjasama MAIWP, Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MediCOM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Al-Imam At-Tirmizi dengan objektif utama dengan menyasarkan penyertaan berkhatan daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Dalam ucapan perasmian YB Senarator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokthar berkata, ”Seperti kita tahu, purata kos untuk berkhatan di klinik-klinik sekitar Wilayah Persekutuan adalah di antara RM150.00 hingga RM250.00 seorang. Nilai ini agak tinggi bagi keluarga yang tidak berkemampuan. Jadi bertepatan dengan program yang diadakan pada hari ini, MAIWP membantu meringan beban ibu bapa untuk berkhatan yang merupakan tuntutan agama.”

Program berkhatan diadakan dengan simbolik mandi beramai–ramai dengan semburan air oleh Pasukan Bomba Taman Desa Lembah Pantai.

Dalam program tersebut, turut disampaikan cek cura Bantuan Program Berkhatan Perdana MAIWP kepada Pengerusi MediCom, Dr. Mohd Syafiq bin Wahab berjumlah RM75,000 yang melibatkan bantuan peralatan & bahan pakai buang dan bantuan saguhati kepada petugas perubatan.

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama bersama – sama turun padang ziarah asnaf sebanyak 3 buah rumah di Flat Taman Seri Sentosa bagi melihat keperluan asnaf dan menyantuni asnaf – asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam majlis ini YBhg. Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan Tuan Haji Hassan bin Rawi, Pengerusi Masjid Al-Imam At-Tirmizi. 

TOP