ANAK YATIM, FAKIR MISKIN TERUJA PILIH BAJU RAYA SENDIRI

Keceriaan jelas terpancar pada wajah anak yatim dan fakir miskin apabila menerima RM300.00 setiap seorang dan diberi peluang memilih sendiri baju raya yang akan disarungkan pada Aidilfitri ini.

YBhg. Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer ketika berucap merasmikan Program Rahmah Ramadan Maiwp : Sumbangan Pakaian Dan Keperluan Raya berkata, inisiatif ini dilaksanakan di ketiga-tiga Wilayah-Wilayah Persekutuan (WP) iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan jumlah peruntukkan RM75,000 00 dan agihan sumbangan adalah seperti berikut :-

a) Asnaf Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan 100 orang penerima dengan perbelanjaan sebanyak RM30,000.00.

b) Asnaf Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan 100 orang penerima dengan perbelanjaan sebanyak RM30,000.00

c) Asnaf Wilayah Persekutuan Putrajaya melibatkan 50 orang penerima dengan perbelanjaan sebanyak RM15,000.00

Hadir bersama Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

MAIWP menzahirkan penghargaan kepada semua para pembayar zakat kerana diberi kepercayaan untuk menjadi pengantara untuk mengagihkan zakat yang dibayar. Tanpa ada komitmen para pembayar zakat, sudah tentu program bantuan seperti ini tidak dapat dilaksanakan secara optimum, maksimum dan menyeluruh.

 

TOP