JEMAAH HAJI B40 WILAYAH PERSEKUTUAN TERIMA INSENTIF
PEMBERIAN INSENTIF SEBANYAK RM500 KEPADA BAKAL JEMAAH HAJI DARI KELUARGA B40 WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2024M/1445H
Seramai 2,200 warga Wilayah Persekutuan telah terpilih menjadi tetamu Allah untuk ibadah haji tahun 1445 Hijrah. Jumlah ini adalah merupakan sebahagian daripada 31,600 jemaah haji yang menerima tawaran mengerjakan haji pada tahun ini.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju meluluskan pemberian insentif sebanyak RM500 seorang kepada seramai 289 orang bakal jemaah haji dari keluarga B40 Wilayah Persekutuan untuk musim haji tahun 2024M/1445H. Insentif ini diberikan melalui wang Sumber Am berjumlah RM144,500.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Empat Puluh Empat Ribu Lima Ratus Sahaja).
Pengagihan pemberian insentif ini akan disalurkan dengan kerjasama pihak Lembaga Tabung Haji melalui akaun bakal haji yang yang terlibat.
Pemberian ini juga adalah tanda keprihatinan MAIWP kepada kebajikan masyarakat B40 serta mereka yang memerlukan. Ini adalah sebahagian usaha berterusan Kerajaan melalui MAIWP untuk meringankan beban masyarakat serta diharapkan dapat membantu para jemaah haji terlibat.
TOP