MAIWP & DBKL TAJA KOS TAMBANG BAS SEKOLAH ANAK ASNAF

Majlis pelancaran pelekat korporat Myschoolbus@Wilayah telah diadakan pada hari ini di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Yaacob Latif

Kuala Lumpur.

Tujuan program Myschoolbus@Wilayah ini dilaksanakan bagi membantu golongan asnaf dan B40 khususnya yang berada di PPR/ PA disekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk memudahkan urusan anak-anak mereka pergi dan balik sekolah.

Selain itu, tujuan program ini dilaksanakan bagi meningkatkan peratusan anak-anak di sekitar PPR/ PA untuk hadir ke sekolah tanpa alasan.

Program ini mensasarkan seramai 10,000 orang pelajar yang akan menggunakan perkhidmatan bas percuma setiap bulan yang ditanggung sepenuhnya oleh MAIWP dan DBKL.

MAIWP telah membelanjakan sebanyak RM4,800,000.00 daripada wang kutipan zakat di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan disalurkan kepada DBKL bagi menampung seramai 4,000 orang pelajar di mana kos bagi seorang murid adalah RM100.00.

Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Sr Haji Kamarulzaman Bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Dato’ Indera Noridah Bt Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.

Selain itu, majlis pelancaran ini turut dirasmikan oleh YB Dr. Zaliha Bt Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Dalam petikan ucapan YB Menteri juga menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada MAIWP atas bantuan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan.

MAIWP telah melaksanakan amanah pembayar zakat. Didoakan semoga pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

TOP