RM500 JUTA BANTUAN KEPADA ASNAF SEHINGGA JUN 2024

6 Julai – Berjumlah RM566,131,315.00 telah dibelanjakan oleh Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan sehingga kini; meliputi Perbelanjaan Kuala Lumpur, Putarjaya dan Labuan.

Ketika diajukan soalan, YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menyebutkan sumbangan itu sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan melalui MAIWP untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Beliau menyeru umat Islam di negara ini supaya tidak melupakan tanggungjawab melaksanakan kewajipan rukun Islam keempat iaitu menunaikan zakat.

YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im mengetuai Program Ziarah Asnaf MAIWP, di Putrajaya dan menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan lain seperti, lampin pakai buang, tempat kerusi mandian, kerusi roda dan alat bantuan kesihatan 'Gastrostomy Feeding Tube' kepada tiga keluarga asnaf.

Penerima pertama; Mohd Hafiz bin Md. Arid, penerima bantuan untuk anaknya berupa Perubatan Am; susu Enfagrow Step 4, Susu Coborie, lampai pakai buang dan tempat kerusi mandian.

Penerima kedua: Mohd Asarani Bin Mohd Rasikin, penerima bantuan untuk diri dan ibu berupa; Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Insentif Khas, Bantuan keperluan Asasi, Perubatan Am; lampin, susu tambahan, Set Diabetik, Tracy care & Peg Tube, pembedahan implant isteri, dan peralatan Kesihatan; Ripple bubble air mattress & Electric pum dan Katil 3 fungsi.

Penerima ketiga : Puam Jamaliah binti Selamat, menghidap sakit strok, penerima barangan berupa; lampin, susu dan kerusi roda.

Turut hadir mengiringi YB Menteri, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Dr Haji Mohd Na’im, berharap masyarakat mempunyai rasa tanggungjawab untuk memerhati dan memaklumkan kepada MAIWP sekiranya mereka mengetahui mana-mana golongan miskin yang memerlukan bantuan.

TOP