"KASIH CINTA UMMAH MADANI"
MAJLIS SUMBANGAN KEBAJIKAN RAHMAH PUSPANITA MAIWP "KASIH CINTA UMMAH MADANI"
22 Mei 2024 (Rabu): Syukur Alhamdulillah pada hari ini PUSPANITA Cawangan Kecil MAIWP telah mengadakan Sumbangan Kebajikan Rahmah PUSPANITA MAIWP "Kasih Cinta Ummah Madani" di Dewan Cempaka Wisma Transit ATM Kuala Lumpur.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Nizam Bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP diiringi YBhg. Datin Nor Aishah binti Mohd Ali, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil MAIWP. Turut hadir YBrs. En. Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP.
Sumbangan ini melibatkan seramai 120 orang penerima yang terdiri daripada Pegawai & Kakitangan serta ahli PUSPANITA Cawangan Kecil MAIWP yang merupakan Ibu Tunggal, Sakit Kronik, Anak Istimewa dan kategori B40.
Penerima sumbangan telah menerima sumbangan kebajikan berbentuk bakul makanan dari JAWI Food Bank. Selain itu turut menerima sedikit sumbangan tunai. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan sinar keceriaan dan kegembiraan serta membantu dalam mengurangkan beban pengurusan perbelanjaan harian.
Terima kasih diucapkan kepada semua para penyumbang.
TOP