KORBAN PERDANA 50 TAHUN MAIWP 2024


19 Jun - Program Korban Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sempena 50 tahun berjaya dilaksanakan di Padang MAIWP FC, Kompleks Darul Kifayah, Batu Muda, Kuala Lumpur.

Program tersebut mendapat kerjasama daripada pengurusan MAIWP, Koperasi MAIWP, Pertubuhan Kebajikan Imam Bilal (PERKIB), Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Hospital PUSRAWI,  Kolej Universiti Antarabangsa (UCMI), Kolej Profesional Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan MAIWP Healthcare Sdn Bhd.

Sebanyak 17 ekor lembu korban pada program ini dengan agihan daging korban tersebut kepada peserta, petugas, hadirin dan asnaf.

Program ini sebagai suatu tuntutan ibadah dan meraikan golongan kurang berkemampuan serta dapat mengeratkan hubungan antara MAIWP bersama asnaf.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat; Ahli Majlis, peserta korban dan syarikat-syarikat MAIWP kerana menjayakan Program Ibadah Korban Perdana Sempena 50 Tahun MAIWP di samping kehadiran lebih 400 jemputan termasuk dif kehormat, YBhg. Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Pengurusan MAIWP, peserta korban serta golongan asnaf.

Pada kesempatan yang mulia ini - Program Ibadah Korban Perdana Sempena 50 Tahun MAIWP berlangsung dengan lancar, harmoni, teratur dan semoga ibadah korban dilaksanakan dan sumbangan yang disalurkan diterima oleh Allah SWT. Amin.

TOP