WAQAF AN-NUR LAWAT AGROPRENEUR MAIWP

BATU, 20 Mac 2023 - Waqaf An-Nur Corporation mengadakan lawatan di Tapak Program Agropreneur MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) berhampiran Kompleks Darul Kifayah, Kuala Lumpur.

Delegasi Waqaf An-Nur diketuai oleh Tuan Hj. Bukhari Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Waqaf An-Nur bersama lapan  pegawai. 

Rombongan disambut oleh Ahmad Saifuddin Haji Md Tahir, Pengurus Bahagian Pembangunan Asnaf MAIWP bersama pegawai-pegawai MAIWP.

Lawatan tersebut bertujuan melihat proses dan pelaksanaan MAIWP dalam membantu asnaf memasarkan hasil tuaian tanaman seperti kangkung, sawi, salad bayam dan kailan hidroponik kepada pihak berkaitan.

Delegasi berkunjung di lokasi tapak program hidroponik yang terletak di PPR Seri Alam, Jalan Sungai Besi, Pudu, Kuala Lumpur.

Sesi kedua lawatan, rombongan dibawa melawat tapak Program Fertigasi MAIWP, Ladang CilI di Taman Koperasi Polis Fasa 2.

Sepanjang lawatan pihak Waqaf An-Nur, Ahmad Saifuddin menjelaskan berkenaan konsep program, kaedah penanaman, hasil keuntungan kepada MAIWP, manfaat kepada asnaf dan syarikat yang dilantik.

Lawatan tersebut memberi perkongsian idea antara pihak MAIWP dan Waqaf An-Nur.

TOP