BANTUAN SENTUHAN KASIH: MAIWP BANTU MANGSA BANJIR

MAIWP telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM 3juta kepada Majlis Agama Islam Selangor bagi tujuan membantu mangsa yang terkesan akibat musibah banjir di Negeri Selangor pada tahun 2021 yang lalu. Bantuan telah disalurkan kepada MAIS pada 10 Januari 2022. Selain Selangor, MAIWP turut menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada negeri-negeri lain seperti Johor, Kedah, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Pada majlis simbolik hari ini, seramai 20 penerima adalah sumbangan bina rumah baru dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.86 juta melibatkan mangsa-mangsa banjir dalam kalangan asnaf zakat yang terkesan di daerah-daerah Negeri Selangor iaitu daerah Sepang, daerah Klang, daerah Petaling, dan daerah Hulu Langat.

Manakala lebihan sebanyak RM1.12 juta adalah bagi membantu baik pulih bangunan warden dan asrama serta bangunan lama di Pusat Pengajian Pondok Bustanul Ariffin, Kampong Labohan Dagang.

Turut diadakan serahan laporan keseluruhan Sumbangan Sentuhan Kasih MAIS kepada pihak pihak MAIWP dan lawatan ke sekitar Bangunan Pusat Pengajian Asrama yang telah siap dibaik pulih. Amanah pembayar zakat di Wilayah Persekutuan MAIWP tunaikan. Terima kasih kepada pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat

TOP