PROGRAM PEMBANGUNAN PEMASARAN BERIMPAK TINGGI

Pada tahun ini MAIWP telah merancang akan mengadakan lebih 20 program keusahawanan bagi menyantuni 1,800 usahawan.

Program yang dirasmikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya bertujuan agar peserta mampu mendapatkan sijil kementerian kewangan dan mampu bersaing dengan usahawan-usahawan diluar bagi mendapatkan kontrak pembekalan atau perkhidmatan melalui agensi kerajaan dan swasta.

Menjadi harapan MAIWP untuk melihat kejayaan usahawan agar menjadi hebat, bukan sahaja dapat membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan malah menjadi pembayar zakat pada suatu hari nanti. 

TOP