WALKABOUT PENGERUSI MAIWP KE PUSAT PUNGUTAN ZAKAT

YBhg. Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP mengadakan lawatan ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP yang terletak di Wisma PPZ Dataran Shamelin, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Lawatan diadakan bagi mendapatkan maklumat berkenaan operasi Syarikat PPZ yang menjadi tulang belakang kepada MAIWP dalam melaksanakan kutipan zakat di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi PPZ, YBhg. Dato' Sri Amrin Awaluddin, dan YBhg. Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, KPE PPZ-MAIWP serta barisan pegawai PPZ.

TOP