MAIWP SERTAI MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI PAHANG

Pada 2 & 3 Februari 2024, MAIWP melalui Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan bersama Agensi Agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah turun ke Negeri Pahang Darul Makmur dalam Misi Bantuan Pasca Banjir kali ini.

Penyampaian barangan keperluan asasi telah disampaikan melalui Majlis Ugama Islam Pahang di dua lokasi iaitu Felda Cini dan Kampung Sarang Tiong Rompin.

Kerjasama yang erat antara MAIWP dan MUIP serta rakan strategik lain dikalangan Agensi Agama, dijalin menjadi satu synergi yg baik dalam menyantuni asnaf yang memerlukan. Semoga pembayar zakat di Wilayah Persekutuan akan mendapat keberkatan dr Allah SWT.

 

TOP