MAIWP SERTAI PAVILION AL-FALAH SEMPENA PBAKL 2024

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggiatkan promosi serta mendekati masyarakat untuk menyebarluas maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan menerusi penyertaan pameran di Pavilion Al-Falah sempena Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2024).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, merasmikan Pavilion Al-Falah sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di WTC KL.

Idea cetusan YB Menteri ini telah mengabungkan 13 agensi agama di bawah seliaan beliau dalam menyebarluaskan buku bergenre Ilmiah kepada umum dan pastinya ia mendapat sambutan mengalakkan.

Hadir sama mengiringi beliau Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr Zulkifli Bin Hasan dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya.

TOP