MAIWP SUMBANG RM225,000.00 KEPADA 1,500 PESAKIT HOSPITAL

Pada hari ini, MAIWP telah menyampaikan sumbangan tunai kepada 1,500 orang pesakit Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tunku Azizah melibatkan peruntukan sebanyak RM225,000.00.

Majlis Sumbangan kepada Pesakit Hospital dan Petugas Barisan Hadapan telah disempurnakan oleh Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP di Auditorium Hospital Putrajaya.

Hadir mengiringi Pengerusi MAIWP, YBhg. Datin Paduka Dr. Rohana, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP.

Tuan Syed Kmarulzaman dalam ucapannya berkata, sumbangan ini bukan hanya diberikan kepada pesakit beragama Islam, bahkan turut diberikan kepada bukan Islam sebagai tanda keprihatinan MAIWP kepada masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa.

Selain itu juga, turut disampaikan sumbangan 17,000 unit bantuan Pek Makanan Ramadan kepada Petugas Barisan Hadapan di pelbagai agensi seperti Petugas Sektor Perubatan melalui Yayasan Kaseh Kanser Dan Kronik (YKKK) melibatkan peruntukan sebanyak RM255,000.00.

Dengan itu, jumlah keseluruhan Sumbangan MAIWP melalui Program Rahmah Ramadan MAIWP : Majlis Sumbangan Kepada Pesakit Dan Petugas Barisan Hadapan adalah sebanyak RM480,000.00.

TOP