GRADUASI TADIKA PERMATA MAIWP DAN MAIWP KIDS 2024

Majlis Graduasi Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids Sesi 2023/2024 yang terdiri daripada 5 zon iaitu zon Bandar Tun Razak, Setapak, Titiwangsa, Bangsar dan Batu yang membentuk sebanyak 6 sidang berlangsung bermula 5 sehingga 7 Februari 2024.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIWP.

Turut berlangsung pelancaran maskot PERMATA MAIWP Anas dan Anis sebagai gimik.

 

TOP