MAJLIS IFTAR MADANI YAB PERDANA MENTERI

Hampir 10,000 orang membanjiri Bulatan Dataran Putra di sini, malam ini, untuk berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Majlis Iftar Madani sempena sambutan Nuzul Al-Quran.

Majlis julung kali anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu berlangsung secara santai dengan hadirin duduk bersila menjamu juadah berbuka puasa yang disediakan.

Majlis yang turut diadakan dengan kerjasama 14 agensi agama Persekutuan termasuk MAIWP serta rakan strategik lain itu bertujuan merapatkan persaudaraan dan kebersamaan menerusi perkongsian rezeki, sekali gus membolehkan rakyat berbuka puasa bersama Perdana Menteri.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan alunan selawat dan zikir munajat.

Perdana Menteri turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada 60 golongan asnaf MAIWP hasil sumbangan PPZ-MAIWP, LHDN DAN TNB.

Turut hadir bersama meraikan iftar, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan bersama Pengerusi MAIWP, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Bin Haji Yahya.

TOP