Kiraan Kafarah

APA ITU KAFARAH?

Kafarah ialah ialah perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.

JENIS-JENIS KAFARAH

1. Kafarah kerana membatalkan puasa bulan ramadhan dengan bersetubuh dan zihar.

  1. Wajib memberi makan 60 orang fakir miskin sekiranya tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut.
  2. Kadar kafarah ialah : RM 10.00 x 60 orang = RM 600.

2. Kafarah melanggar sumpah dan tidak menunaikan nazar.

  1. Memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin ( Kadar kafarah ialah : RM 10.00 x 10 orang = RM 100 ); atau
  2. Memberi pakaian kepada fakir miskin ( Kadar kafarah ialah : RM 60.00 x 10 orang = RM 600 ).

3. Kafarah persetubuhan isteri ketika haid.

  1. Tidak diwajibkan membayar kafarah. Walaubagaimanapun sekiranya pelaku ingin membayarnya sebagai langkah berjaga-jaga ialah dengan kadar satu (1) Dinar* atau ½ Dinar mengikut harga semasa.
  2. Satu (1) Dinar bersamaan 4.25 g emas sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu karangan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

SEBAGAI CONTOH

Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua kerana membatalkan puasa bulan ramadhan dengan bersetubuh dan zihar hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin.

PROSEDUR MEMBAYAR KAFARAH DI MAIWP

Perkiraan boleh dibuat di Unit Sumber Am Baitulmal dan bayaran kafarah boleh dibuat secara:

  1. Secara Dalam Talian - Pengguna boleh membayar menggunakan Sistem ePay MAIWP.
  2. Secara Tunai - Pengguna boleh membayar secara tunas di Kaunter Baitulmal MAIWP.
  3. Melalui Cek/Pos - Pengguna boleh membayar menggunakan cek ataupun pos berdaftar di atas nama MAIWP.
';
TOP